As Salam
Salam 2015
Syukur Alhamdulilah kita masih lagi diberi kesempatan untuk meneruskan lagi wadah perjuangan dan kesinambungan dalam GGK.
Dah lama rasanya tak update blog ni..bukan apa, kekangan masa untuk menulis atau untuk update blog ni menjadi masalah utama.
2014 meninggalkan banyak kenangan pahit dan manis buat kita. 2014 juga menyaksikan pelbagai aktiviti luaran dan dalaman yang telah pun kita ahli GGK laksanakan. Syabas, Alhamdulilah dan Terima Kasih.
Posting akhir sekali dalam blog GGK ini adalah mengenai aktiviti memancing, dan selepas dari itu, ada juga aktiviti2 seperti majlis perkahwinan yang tidak sempat dikemaskini. Kepada yang berkahwin, kami ucapakan Selamat Pengantin Baru - Semoga Maju Jaya - Tanggungjawab kepada GGK kalau boleh jangan la dilupakan.. GGK ada group Whatsapp yang membolehkan kita berinteraksi atau share secara ilmiah @ gurauan, dan semua dialu-alukan untuk memberi buah fikiran @ idea bagi membolehkan GGK merancang aktiviti bagi masa akan datang.
Antara contoh gurauan...mati la nak oii |
Contoh sharing post yang ada elemen2 ilmiah |
Mesyuarat Program Maulidur Rasul (K1M + Surau Bkt Temiang)
Sebelum 2014 melabuhkan tirainya GGK terlibat dalam mesyuarat bersama Sambutan Maulidur Rasul peringkat Kg Bkt Temiang, yang mana mesyuarat tersebut diadakan pada 24.12.2014. Program anjuran K1M dan juga bersama Surau Besar Kg Bkt Temiang adalah aktiviti pertama yang akan dijalankan pada tahun ini. Semoga program ini berjaya seperti dirancang.
Kehadiran GGK pada mesyuarat tersebut amat menggalakan. Hampir kesemua ahli GGK turun untuk memberikan sokongan bagi program tersebut.
Jangan lupa untuk hadir pada mesyuarat penyelarasan Program Sambutan Maulidur Rasul pada 13.01.2014 di Balai Raya Kg Bkt Temiang.
Belanja sikit gambar-gambar pada mesyuarat berkenaan :-
GGK dimana-mana |
Kaum Ibu |
suko amek |
Boss GGK bersama Penghulu |
GGK - Program Suci Murni 2015 - Pembersihan Makam Tn Hj Mohd Said Seremban
Tanggal 1 Januari 2015, hari Khamis, hari pertama dalam tahun 2015, dengan kekuatan 7 ahli GGK + 2 orang berkecuali telah pun menyempurnakan aktiviti suci murni tahun 2015 dengan jayanya.
Pembersihan dilakukan di sebelah utara makam, berdekatan jalan besar. GGK memulakan kerja-kerja pembersihan tepat jalam 8.30 am dan tamat kira-kira jam 1.00 pm.
Walaupun tidak mampu membersihkan keseluruhan kawasan makam, aktiviti seumpama ini dapat mengeratkan ukhwah dan kerjasama antara ahli2 GGK.
Ada perancangan untuk melakukan aktiviti ini sebulan sekali, kepada ahli-ahli GGK yang tidak berkesempatan pada hari tersebut, Insyaallah, program sebegini akan diadakan lagi pada masa akan datang.
Macam biasa, kita layan gambar2 :
Bersama Ultras Myanmar |
Salah sorang alteras Myanmar |
Cheers
Bersatu...Sehati Sejiwa