Saturday, February 7, 2015

PROGRAM MAJLIS CINTA RASUL K1M KG BUKIT TEMIANG - PERANAN DAN SUMBANGAN GGK


As Salam

24.01.2015

Setelah bermesyuarat sebanyak 2 kali, setelah mendapat suara majoriti dari ahli mesyuarat, maka Program Majlis Cinta Rasul Anjuran K1M Kg Bukit Temiang telah pun berlansung dengan penuh harmoni dan berjaya.

Walaupun terdapat juga program anjuran JKKKKKK yang berlangsung seminggu sebelum majlis anjuran K1M, sambutan menggalakan diterima dari penduduk kampung.

Bukit Temiang menerima 2 kali rahmat dari Allah S.W.T bagi majlis sambutan maulidur rasul tahun ini.

Seperti biasa, persiapan telah pun dilakukan sejurus selepas tamat mesyuarat pada malam 13.01.2015 dan persiapan terus giat dijalankan pada hari2 terakhir sebelum program bermula :





GGK bertungkus lumus dengan menaikan khemah (maap ler gambar naik khemah takde), menyusun kerusi, mengikat banner dan lain-lain urusan.

Semua program yang dirancang berjalan lancar. Seawal 8 pagi perarakan beserta selawat telah berlangsung dengan anggaran 40 orang menyertai perarakan tersebut.

Perarakan bermula dari Surau Besar Kg Bukit Temiang dengan mengelilingi satu kampung ternyata meriah dengan kibaran panji-panji dan juga selawat memuji dan menjunjung Nabi Muhammad S.A.W.

Gambar sekitar perarakan :







Participation from GGK



Perarakan yang bermula sekitar jam 8 pagi tamat pada pukul 9.30 pagi, peserta berehat sebentar untuk menikmati sarapan pagi yang disediakan:-






Program seterusnya adalah taklimat mengenai khairat kematian dari wakil Takaful Malaysia dan juga diteruskan dengan persembahan Qasidah oleh Kumpulan Qasidah Ar Rahman yang diketuai oleh En Badrul.

Antara Hadirin Yang Menyaksikan Persembahan Qasidah
Pertandingan mewarna antara mendapat sambutan luar biasa dari penduduk Kampung Bukit Temiang, Pertandingan mewarna bersama keluarga menyaksikan hampir 20 keluarga bersama-sama menjayakan acara tersebut. Program berlangsung selama 1 jam bermula pukul 11 pagi hingga pukul 12 tengah hari.

Warna Warni pertandingan mewarna :



Antara Pengadil Pertandingan Mewarna
Program berhenti rehat pada tengah hari. Tetamu dihidangkan dengan makan tengah hari. Program selanjutnya akan bermula pada sebelah petang dengan didahului bacaan yaasin dan tahlil pada pukul 6,30 petang.

Program kemuncak pada waktu malam adalah ceramah perdana yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Abdullah. Ternyata, sambutan yang diterima amat menggalakan dan pengisiannya juga padat dengan inforamsi dan berilmiah.

Banner Ceramah







Selesai ceramah, program terakhir pada malam itu adalah penyampian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan mewarna, pakaian terbaik semasa perarakan, warga emas dan golongan kurang berupaya.


ganas betul brader sebalah dengan Bos GGK


Selepas menunaikan solat Isyak, para penduduk kampung dijamu dengan jamuan makan malam. Majlis berakhir sekitar pukul 11 malam.





Rumusan :

Apa yang penulis dapati, majlis berlangsung dengan lancar tanpa sebarang gangguan. Program yang dirancang juga berjalan lancar sesuai mengikut waktu yang ditetapkan.

Pengisian program terutama pada majlis ceramah amat berkesan, para hadirin juga tidak kering gusi dengan telatah penceramah.

Kerjsama yang terjalin antara AJK K1M, penduduk kampung dan berbagai orang perseorangan membuatkan program ini berjalan lancar dan mengikut perancangan.

Kejayaan program dibantu oleh AJK K1M yang juga merupakan tulang belakang GGK. Siapa lagi kalau bukan GGK. Peranan dan sumbangan setiap ahli GGK amat dirasai. Dari permulaan mesyuarat sehingga ke akhir Majlis Cinta Rasul.

Syabas kepada GGK..Keep it up!!!

Kita layan gambar2 :

Penulis bersama Sheikh Habib S.I (berjubah)

Syafiq & Cik Man (Jgn Main Taik)

Sama2 Naik

Bos GGK a.k.a Setiausaha K1M Kg Bkt Temiang

Panji2

Ustaz @ Iman, dah mengantuk..hahaha

Bersatu...Sehati Sejiwa



SUMBANGAN BANJIR PANTAI TIMUR & MESYUARAT KE 2 SAMBUTAN MAULIDUR RASUL K1M - KG BUKIT TEMIANG


As Salam

Alhamdulillah, diizikan Allah , kita bersua kembali dan diharapkan agar semua sahabat2 dalam GGK sihat dan sentiasa dibawah rahmat Allah S.W.T

Alhamdullilah, saya masih lagi diberi kesihatan yang baik untuk terus menulis dan melaporkan segala wadah perjuangan yang dilakukan oleg GGK. Wadah perjuangan dan peranan GGK dalam majlis dan aktiviti kemasyarakatan memang tidak boleh ditandingi oleh mana2 persatuan ataupun organisai politik dalam Kg Bukit Temiang

Semoga kita sentiasa bersatu padu dan terus mengekalkan momentum kecemerlangan ini pada hari-hari mendatang. Terima kasih kepada Bos GGK yang sentiasa memastikan GGK dipacu dengan keikhlasan, kejujuran dan semangat setiakawan.


03.01.2015 :- Gerak Kilat Bantuan Mangsa Banjir Pantai Timur berpadu bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Diatas rasa tanggungjawab dan juga keperihatinan oleh GGK terhadap mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur, satu kutipan gerak kilat telah dilakukan. Sumbangan yang tidak seberapa oleh GGK dan orang perseorangan diharap dapat membantu meringakan penderitaan saudara kita di Pantai Timur

Berpadu bersama Kementerian Kesihatan Malaysia adalah satu usaha murni yang dicadangkan oleh Bos GGK sempena mengambil kesempatan terhadap program yang dilakukan oleh isteri beliau yang berkhidmat di KKM Putrajaya.

Alhamdulilah, kutipan yang dibuat pada masa yang singkat amat menggalakan dan membolehkan GGK menghantar bantuan seperti air mineral, makanan segera, cereal, makanan tin dan lain-lain keperluan.

Bekalan yang dibeli telah dipek kan di rumah S.I yang merupakan markas tetap GGK. Kepada ahli GGK yang bertungkus lumus menyiapakan bekalan tersebut di ucapkan Terima Kasih.

Bekalan bantuan mangsa banjir Pantai Timur telah dimobalisasi pada hari berikutnya ke KKM Putrajaya oleh Bos GGK sendiri dan juga rakan-rakan kita dari GGK


Barang Bantuan Yang Telah Tiba di KKM Putrajaya

Cik Man Buek Apo Tu

Dari GGK Untuk Pantai Timur

GGK Dimana-mana

Bos GGK & Raiz

Di Markas 



Syabas GGK!!



13.01.2015 :- Mesyuarat Ke-2 Penyelarasan Program Sambutan Maulidur Rasul (K1M - Kg Bukit Temiang)

Ringkas tapi Padat ; - Penuh dengan ketidakpuashatian terhadap segelintir manusia yang begitu riak dan sombong disebabkan kuasa dan pangkat.

Lantak pi, mesyuarat berlangsung seperti biasa, dipengerusikan oleh Tok Penghulu dan dihadiri oleh kebanyakan warga kampung dan yang pasti GGK juga ada..GGK dimana2.

Agenda-agenda adalah berkenaan majlis yang akan berlangsung dan tidak mahu menyamakan dengan majlis yang dibuat oleh JKKKKKK..tema pada hari tersebut adalah "MAJLIS CINTA RASUL"

Mesyuarat pada malam itu juga adalah kesinambungan dari mesyuarat yang lepas, (Rujuk Sini), dan semua telah di berikan taklimat oleh Tok Penghulu dan Setiausaha K1M.

Peranan utama GGK adalah dari mula hingga akhir majlis. Besar peranan ni, tapi demi menjayakan majlis dan program, GGK akan laksanakan. Insyaallah.

 Gambar sekitar mesyuarat ;-
















Setelah semua aspek dinilai dari setiap sudut, dengan mengambil kira suara majoriti, mesyuarat pada malam tersebut telah membuat keputusan dengan meneruskan majlis MALAM CINTA RASUL yang akan diadakan pada 24.01.2014, tentatif program akan bermula seawal pagi sehingga ke malam.

Pelbagai program akan dilaksanakan pada tarikh tersebut dan yang pasti pengisian program akan memfokuskan kepada tema majlis tersebut.

Dengan izin Allah S.W.T..kita sama2 berdoa majlis tersebut akan berjalan seperti yang dirancangkan.


Bersatu...Sehati Sejiwa