As Salam
24.01.2015
Setelah bermesyuarat sebanyak 2 kali, setelah mendapat suara majoriti dari ahli mesyuarat, maka Program Majlis Cinta Rasul Anjuran K1M Kg Bukit Temiang telah pun berlansung dengan penuh harmoni dan berjaya.
Walaupun terdapat juga program anjuran JKKKKKK yang berlangsung seminggu sebelum majlis anjuran K1M, sambutan menggalakan diterima dari penduduk kampung.
Bukit Temiang menerima 2 kali rahmat dari Allah S.W.T bagi majlis sambutan maulidur rasul tahun ini.
Seperti biasa, persiapan telah pun dilakukan sejurus selepas tamat mesyuarat pada malam 13.01.2015 dan persiapan terus giat dijalankan pada hari2 terakhir sebelum program bermula :
GGK bertungkus lumus dengan menaikan khemah (maap ler gambar naik khemah takde), menyusun kerusi, mengikat banner dan lain-lain urusan.
Semua program yang dirancang berjalan lancar. Seawal 8 pagi perarakan beserta selawat telah berlangsung dengan anggaran 40 orang menyertai perarakan tersebut.
Perarakan bermula dari Surau Besar Kg Bukit Temiang dengan mengelilingi satu kampung ternyata meriah dengan kibaran panji-panji dan juga selawat memuji dan menjunjung Nabi Muhammad S.A.W.
Gambar sekitar perarakan :
Participation from GGK |
Perarakan yang bermula sekitar jam 8 pagi tamat pada pukul 9.30 pagi, peserta berehat sebentar untuk menikmati sarapan pagi yang disediakan:-
Program seterusnya adalah taklimat mengenai khairat kematian dari wakil Takaful Malaysia dan juga diteruskan dengan persembahan Qasidah oleh Kumpulan Qasidah Ar Rahman yang diketuai oleh En Badrul.
Antara Hadirin Yang Menyaksikan Persembahan Qasidah |
Warna Warni pertandingan mewarna :
Antara Pengadil Pertandingan Mewarna |
Program kemuncak pada waktu malam adalah ceramah perdana yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Abdullah. Ternyata, sambutan yang diterima amat menggalakan dan pengisiannya juga padat dengan inforamsi dan berilmiah.
Banner Ceramah |
Selesai ceramah, program terakhir pada malam itu adalah penyampian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan mewarna, pakaian terbaik semasa perarakan, warga emas dan golongan kurang berupaya.
ganas betul brader sebalah dengan Bos GGK |
Selepas menunaikan solat Isyak, para penduduk kampung dijamu dengan jamuan makan malam. Majlis berakhir sekitar pukul 11 malam.
Rumusan :
Apa yang penulis dapati, majlis berlangsung dengan lancar tanpa sebarang gangguan. Program yang dirancang juga berjalan lancar sesuai mengikut waktu yang ditetapkan.
Pengisian program terutama pada majlis ceramah amat berkesan, para hadirin juga tidak kering gusi dengan telatah penceramah.
Kerjsama yang terjalin antara AJK K1M, penduduk kampung dan berbagai orang perseorangan membuatkan program ini berjalan lancar dan mengikut perancangan.
Kejayaan program dibantu oleh AJK K1M yang juga merupakan tulang belakang GGK. Siapa lagi kalau bukan GGK. Peranan dan sumbangan setiap ahli GGK amat dirasai. Dari permulaan mesyuarat sehingga ke akhir Majlis Cinta Rasul.
Syabas kepada GGK..Keep it up!!!
Kita layan gambar2 :
Penulis bersama Sheikh Habib S.I (berjubah) |
Syafiq & Cik Man (Jgn Main Taik) |
Sama2 Naik |
Bos GGK a.k.a Setiausaha K1M Kg Bkt Temiang |
Panji2 |
Ustaz @ Iman, dah mengantuk..hahaha |
Bersatu...Sehati Sejiwa
No comments:
Post a Comment