As Salam
Alhamdulillah, diizikan Allah , kita bersua kembali dan diharapkan agar semua sahabat2 dalam GGK sihat dan sentiasa dibawah rahmat Allah S.W.T
Alhamdullilah, saya masih lagi diberi kesihatan yang baik untuk terus menulis dan melaporkan segala wadah perjuangan yang dilakukan oleg GGK. Wadah perjuangan dan peranan GGK dalam majlis dan aktiviti kemasyarakatan memang tidak boleh ditandingi oleh mana2 persatuan ataupun organisai politik dalam Kg Bukit Temiang
Semoga kita sentiasa bersatu padu dan terus mengekalkan momentum kecemerlangan ini pada hari-hari mendatang. Terima kasih kepada Bos GGK yang sentiasa memastikan GGK dipacu dengan keikhlasan, kejujuran dan semangat setiakawan.
03.01.2015 :- Gerak Kilat Bantuan Mangsa Banjir Pantai Timur berpadu bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Diatas rasa tanggungjawab dan juga keperihatinan oleh GGK terhadap mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur, satu kutipan gerak kilat telah dilakukan. Sumbangan yang tidak seberapa oleh GGK dan orang perseorangan diharap dapat membantu meringakan penderitaan saudara kita di Pantai Timur
Berpadu bersama Kementerian Kesihatan Malaysia adalah satu usaha murni yang dicadangkan oleh Bos GGK sempena mengambil kesempatan terhadap program yang dilakukan oleh isteri beliau yang berkhidmat di KKM Putrajaya.
Alhamdulilah, kutipan yang dibuat pada masa yang singkat amat menggalakan dan membolehkan GGK menghantar bantuan seperti air mineral, makanan segera, cereal, makanan tin dan lain-lain keperluan.
Bekalan yang dibeli telah dipek kan di rumah S.I yang merupakan markas tetap GGK. Kepada ahli GGK yang bertungkus lumus menyiapakan bekalan tersebut di ucapkan Terima Kasih.
Bekalan bantuan mangsa banjir Pantai Timur telah dimobalisasi pada hari berikutnya ke KKM Putrajaya oleh Bos GGK sendiri dan juga rakan-rakan kita dari GGK
Barang Bantuan Yang Telah Tiba di KKM Putrajaya |
Cik Man Buek Apo Tu |
Dari GGK Untuk Pantai Timur |
GGK Dimana-mana |
Bos GGK & Raiz |
Di Markas |
Syabas GGK!!
13.01.2015 :- Mesyuarat Ke-2 Penyelarasan Program Sambutan Maulidur Rasul (K1M - Kg Bukit Temiang)
Ringkas tapi Padat ; - Penuh dengan ketidakpuashatian terhadap segelintir manusia yang begitu riak dan sombong disebabkan kuasa dan pangkat.
Lantak pi, mesyuarat berlangsung seperti biasa, dipengerusikan oleh Tok Penghulu dan dihadiri oleh kebanyakan warga kampung dan yang pasti GGK juga ada..GGK dimana2.
Agenda-agenda adalah berkenaan majlis yang akan berlangsung dan tidak mahu menyamakan dengan majlis yang dibuat oleh JKKKKKK..tema pada hari tersebut adalah "MAJLIS CINTA RASUL"
Mesyuarat pada malam itu juga adalah kesinambungan dari mesyuarat yang lepas, (Rujuk Sini), dan semua telah di berikan taklimat oleh Tok Penghulu dan Setiausaha K1M.
Peranan utama GGK adalah dari mula hingga akhir majlis. Besar peranan ni, tapi demi menjayakan majlis dan program, GGK akan laksanakan. Insyaallah.
Gambar sekitar mesyuarat ;-
Setelah semua aspek dinilai dari setiap sudut, dengan mengambil kira suara majoriti, mesyuarat pada malam tersebut telah membuat keputusan dengan meneruskan majlis MALAM CINTA RASUL yang akan diadakan pada 24.01.2014, tentatif program akan bermula seawal pagi sehingga ke malam.
Pelbagai program akan dilaksanakan pada tarikh tersebut dan yang pasti pengisian program akan memfokuskan kepada tema majlis tersebut.
Dengan izin Allah S.W.T..kita sama2 berdoa majlis tersebut akan berjalan seperti yang dirancangkan.
Bersatu...Sehati Sejiwa
No comments:
Post a Comment