Wednesday, May 27, 2015

KU LIHAT KU DATANG KU TAWAN - BUKIT BROGA GGK TAWAN


"Veni Vedi Vici" frasa atau ungkapan Latin yang membawa maksud seperti tajuk diatas. GGK berjaya menawan puncak Bukit Broga dengan kemegahan kibaran bendera dan juga semangat yang tidak pernah padam di dalam setiap sanubari GGK.


Ringkasan Mengenai Bukit Broga

Bukit Broga, yang juga dikenali sebagai 'Bukit Lalang' terletak di selatan Negeri Selangor secara terperincinya terletak di Semenyih, Selangor. Perjalanan kira-kira 40 minit dari Seremban.

Ketinggian Bukit Broga dari paras laut adalah kira-kira 400 meter dan merupakan tempat pendakian paling popular dikalangan orang ramai.

Kemudahan tempat letak kereta, tandas awam dan juga beberapa gerai2 kecil membuatkan tempat ini sentiasa dipenuhi orang ramai terutamanya di hujung minggu.

Pendakian boleh dilakukan bila-bila masa, tetapi ada baiknya jika pendakian dilakukan pada awal pagi bagi menyaksikan panorama "matahari terbit" dan keindahan pada waktu pagi.


Cerita Sebelum Pendakian

Salah satu program yang akan dilaksanakan pada tahun ini bagi GGK, adalah pendakian Bukit Broga. permulaan secara kebetulan adalah disebabkan seorang ahli GGK yang mendaki pada awal tahun 2015 (boleh dikatakan orang istimewa la) merentap dan membakar semangat sebahgian ahli GGK. 

Setelah berbincang, bertekak, berdebat dan sesi brainstorming, GGK sebulat suara menetapkan tarikh pada 10.05.2015 sebagai tarikh keramat untuk aktiviti pendakian.

GGK dengan berbekalkan beberapa ahli yang pernah mendaki bukit tersebut memberikan kerjasama yang sungguh baik. Dengan melantik Ayon (marshal cramp) & Capit sebagai "lead' dan juga bantuan dari Shukor dan Afif (assistant ayon - tukang collect duit), membuktikan anak2 muda GGK mampu mengalas tugas untuk aktiviti seperti ini.

Persiapan dari segenap sudut diambil kira dengan meletakkan matlamat bahawa pendakian mesti sampai ke puncak tidak kira dengan apa jua kaedah. Dari pungutan duit, perihal keselamatan, makanan, mobilisasi hinggalah ke aturan peserta, semua dijalankan dengan penuh dedikasi.

Maka....bermulalah cerita pendakian GGK untuk sampai ke Puncak Broga..pendakian yang penuh dengan aura semangat, kecekalan, kejituan, kemuntahan, kekejangan, angin dalam badan, angin sepoi-sepoi bahasa, kehilangan salah seorang GGK, penipuan dalam pemanduan kereta, kekoyakan....pendek kata, semua pahit manis lengkap dalam penceritaan pendakian ini.


10 Mei 2015 - Pendakian Keramat

Seawal jam 3 pagi - sebilangan ahli GGK sudah pun menunggu di markas GGK (umah en Salim), dengan menghirup nescafe yang dibancuh oleh Kak T dan cicah cookies coklat yang kemudian dirembat oleh Ijal untuk dibawa mendaki membuatkan semua peserta bersemangat bagi pendakian ini. 
Doa Sebelum Pergi Diketuai oleh Iman

Kekuatan seramai 15 ahli GGK yang berani menyahut cabaran memulakan perjalanan ke Bukit Broga pada pukul 4.15 pagi.15 minit lewat dari jadual asal (biasala janji melayu). Ustaz Iman membacakan doa sebelum memulakan perjalanan. 

Sebanyak 4 buah kenderaan digunakan untuk sampai kedestinasi. Perjalana pada waktu pagi begitu menenangkan. Kami melalui Highway LEKAS dan masuk ke persimpangan Bangi / Semenyih, melewati pekan Semenyih dan sampai ke kawasan Broga pada pukul 5.00 pagi.

Kawasan letak kereta sudah mula dipenuhi oleh orang ramai. GGK mengambil peluang untuk menyediakan peralatan pendakian. Boss GGK memberikan arahan supaya berhati-hati semasa mendaki. Sebelum memulakan pendakian, senaman regangan yang diketuai oleh En Salim di lakukan.

Tepat jam 5.20 pagi ahli2 GGK memulakan pendakian. Sepanjang perjalanan dari tempat letak kereta ke kaki bukit dipenuhi dengan gelak ketawa, kutuk mengutuk dan nyanyian oleh GGK. orang lain takde pun bising2 cam kita. 

Disenaraikan nama2 ahli yang gagah berani :

Capit, Ayon, Sukur, Afif, Abg Salim, Adam Salim, Ustz Iman, Aus, Naziq (bob), reza jeban, ijal, egy, faiz (boss GGK), faizal (bob) dan Aboy (Jebat)

Pendakian yang baru bermula boleh dikatakan agak mencabar bagi mereka2 yang kurang membuat senaman. Segelintir ahli yang "fit" selamber je melakukan pendakian. Dengan laluan yang agak mencabar di waktu gelap disinari dengan "head lamp" para peserta terus meredah laluan2 berliku, adakalanya terdengar bunyi batuk seperti mau muntah dari peserta2 yang terlibat ... :)
Sebelum memulakan pendakian selepas warm up..semua suka!
Peserta rehat sebentar
Kami menerusi pendakian sehingga satu masa bila mana beberapa peserta meminta agar berhenti rehat untuk melepaskan lelah. 2, 3 peserta seperti dalam kepenantan serta tidak cukup nafas. kami berhenti sebentar sehingga semua ahli GGK tiba.

Pendakian diteruskan lagi, kali ini separuh mencabar bila terpaksa mendaki dalam 40 darjah. Sekali lagi kami perlu berhenti kerana ada ahli yang kekejangan otot. Disini, kita dapat lihat bagaimana semangat setiakawan, kerjasama, saling bantu membantu bila rakan2 lain terpaksa berhenti. Kami berhenti dalam 10 minit sehingga keadaan kembali terkawal.

Kami meneruskan pendakian sehingga tiba satu selekoh, terdapat satu bangku disitu lah sejarah tercipta, bila salah seorang ahli kami seperti hendak tercabut nyawa...kami saksikan beliau seperti tidak dapat meneruskan pendakian tersebut...hampir2 kami kehilangan beliau...hahahaha...
Alhamdulilah...terselamat dari maut..gara-gara terkena santau angin pekat

Kami terpaksa berehat sekali lagi bagi memantau keadaan beliau yang tidak begitu baik. Kami bersama-sama memberi semangat dan menyarankan jika beliau tidak dapat meneruskan pendakian, beliau perlu berehat disini.

Setelah berbincang, kami sepakat meneruskan pendakian dengan meninggalkan dua orang paramedik yang bertauliah disamping ahli yang cedera tersebut. Keadaan nya sungguh parah dengan 3 x muntah terkena santau angin.

Perasaan kami sekali lagi cemas bila head count dilakukan, seorang ahli tiada....nah, kemanakah beliau, sesat ke, tak berdaya ke...sorang pun tak tahu..kami berfikiran positif mungkin beliau telah mendahului kami.

Kami meneruskan pendakian dengan keadaan hati sebak dan sedih bila terpaksa meninggalkan sahabat GGK yang sedang nazak.....laluan yang kami lalui mula mencabar, kami terpaksa memanjat laluan tersebut dengan menggunakan tali. Para pendaki lain mula memenuhi laluan tersebut.

Alhamdullilah, syukur...kami tiba di dataran...Subahanallah..sungguh cantik pemandangan pada masa itu...walaupun baru pukul 6 pagi, kami sepakat mencari tapak untuk mendirikan solat Subuh. Pada masa yang sama kami terus memikirkan tentang keadaan sahabat yang kami tinggalkan dibawah dan juga seorang sahabat lagi yang hilang tanpa dikesan......
Pemandangan dari atas Bukit broga waktu Subuh

Usai solat Subuh, suasana gamat seketika, bila sahabat yang kami tinggalkan dibawah menjerit....Alhamdulilah, beliau sudah boleh mendaki....beserta dengan 2 paramedik dan sorang lagi yang ahli. Kami bersama semula...kini kami bersemangat semula dan meneruskan pendakian ke puncak pertama

Kami menjejaki puncak pertama pada pukul 6.45 pagi, tidak tergambar perasaan ketika itu...bangga, seronok dan juga syukur kepada tuhan. (penulis sendiri tidak percaya bahawa dapat mendaki Bukit Broga hingga ke tahap ini), 1150 kaki dari paras laut...tinggi brader...tapi itu lah realiti...itulah semangat itulah kecekalan...

Baik-baik boy..ada tungau..

Kami berhenti sebentar di puncak pertama, bergambar, berselfie, menghayati keindahan alam ciptaan yang maha Esa...terasa diri begitu kerdil. Dalam waktu yang sama, memikirkan seorang ahli yang masih belum dijumpai. Menyedut udara yang nyaman dan segar pada pagi itu...seolah2 tidak mahu pulang.


Sukanye dia...

Selfie dulu

Kira-kira 20 minit di puncak pertama, kami meneruskan perjalanan dan pendakian untuk ke puncak kedua dengan harapan kami menemui rakan kami yang hilang....pendakian kepuncak kedua tidak lah begitu mencabar, kami tiba disitu dan meneruskan aktiviti bergambar dan berselfie...






Sehinggalah kami bertemu semula dengan rakan kami yang hilang tadi... rupanye dah naik puncak ketiga..2 jam dia dia tunggu kat atas tu...hampehhhh...sedang rakan2 yang lain sibuk memberi bantuan kepada rakan yang terkena "santau" angin, dia boleh rilek kat puncak tu....

Nasib baik jumpa...


Kami berehat di puncak kedua, bergambar sakan..menyaksikan terbitnya matahari...tidak tergambar dengan kata2...
Subhanallah...pemandangan
Masa untuk berehat sudah tamat, kami menuruni Bukit Broga dengan penuh hati2. Matahari sudah mula menyenari alam, orang semakin ramai menaiki bukit berkenaan. Perjalanan turun, dilakukan dengan berhati2. mujur cuaca baik pada waktu itu, kalau hujan...dinasihatkan supaya tidak meruskan aktiviti ini, kerana ada tempat2 yang agak curam. berbahaya juga.
Masa nak turun



Kami sampai ke tempat meletak kenderaan tepat jam 8;30 pagi, bila melihat semula puncak bukit Broga...tinggi jugak bukit ni...tak percaya kami sampai keatas.

Kami singgah untuk minum pagi di Pekan Semenyih... bergelak ketawa, melihat kembali gambar2 yang diambil di puncak Bukit Broga.

Lepas penat mendaki
Begitulah cerita kali ini...semangat WAJA, (bukan WAJA Egy yg Capit drive masa balik...lari dari terkena santau)...tiada benda yang mustahil dalam dunia ni..semua boleh ditempuh jika ada kesungguhan, kecekalan, ilmu dan kegigihan...semoga akan ada lagi aktivit2 seperti ini pada masa hadapan.

Yang seronok dan akan terpahat disanubari adalah bila kita bercerita semula tentang perkara2 lucu dan menyayat hati ketika mendaki Bukit Broga ini...semoga memori ini akan dikenang selama-lamanya...


Bersatu...sehati sejiwa




No comments:

Post a Comment