Kita sambung kisah trip memancing GGK....
11.10.2014 - Petang - Menunggu Bot
Setelah selesai menjamu selera dan membasahi tekak, dalam lebih kurang pukul 4.45 ptg, ahli GGK sepakat untuk menunggu bot di jeti yang dinyatakan oleh En Raja.
Sampai di Jeti, En Raja telah sedia menunggu kami dengan 2 buah bot. Perasaan teruja, berdebar-debar dan gayat pun ada di kalangan sesetengah ahli GGK yang mana sebelum ini tiada pengalaman dalam aktiviti seperti ini.
Kami memunggah barang2...banyak gile, dengan peralatan pancing, beg2 dan stok makanan, macam nak duduk 1 bulan.
Ahli GGK yang lain bersama Abang Salim I, menaiki bot yang kedua.
Semasa Di Jeti |
Punggah Barang Masuk Dalam Bot |
Dan bermula lah cabaran joran bagi ahli GGK. Episod seterusnya akan merungkai segala aktiviti yang dilalui oleh Ahli GGK sepanjang aktiviti memancing di Kelong Raja, penuh dengan adegan-adegan suspen, dramatik, ketegangan, emosi dan suka duka disebalik trip ini.
Seronok letew...hahaha |
Sempat lagi Selfie...Shafiq |
11.10.2014 - Aktiviti Bermula (Lewat Petang)
Ahli GGK dengan kekuatan 10 orang meredah lautan Selat Melaka, mengharungi ombak untuk sampai ke Kelong Raja. Adalah dalam 10 minit dari Jeti...heheheh.
Bot pertama telah berlepas awal, dan bot kedua menyusul, kami disambut oleh ahli-ahli yang telah sampai awal dan juga kumpulan keluarga yang telah pun mendiami kelong tersebut sejak dari semalam. Mereka semua juga akan pulang dengan ikan penuh satu Coleman.. ini menambahkan lagi rasa keterujaan ahli-ahli GGK
Lebih kurang pukul 6.00 ptg, setelah semua peralatan dan stok makanan disusun rapi, Ahli2 GGK memulakan aktivi memancing. Pelbagai jenis joran, mata kail, kekili, batu ladung, ada yang lama, ada yang baru beli belum hanyir lagi. Yeahhhhh...bila mana mata kail, batu ladung mencecah permukaan laut...seakan irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan.
Inilah Kelong Raja... macam rumah hantu.. |
Sebahagian Joran Ahli GGK. |
Keadaan sebelah Barat Kelong .... A yg paling tak tahan tu |
Sebelah petang, keadaan laut tenang..setenang ahli GGK bermain Joran di papan kelong. Sedang semua sedang asyik dengan Joran masing2...Nah!!!..Ijal bawak naik seekor KETAM!!!..berlagak betul dia...kembang kuncup hidung sebab bangga...hahaha
Ini lah dia Ijal,.,.dengan KETAM nya.. |
11.10.2014 - Aktiviti Bermula (Malam)
Malam, aktiviti memancing masih diteruskan, Oh lupa, kami ada Chef di kelong ni. Nama dia Yan..tabik buat Yan, banyak menghabiskan masa didapur dan pening kepala untuk menyukat makanan buat ahli-ahli GGK. Well done Yan!...Seperti biasa semasa operasi di kelong, makanan tidak lah terlalu mewah, kami makan meggi, telur scrable, sardin, mee, roti dgn butter dan jajan. ok la dari takde. Ye duduk di kelong memang terasa cepat lapar dan dahaga.
"kau buat apa datang dapur ni...nak cari makanan ke"..sergah salah sorang ahli GGK...
Chef Yan di dapur.... |
Mcm ni lah contoh lampu suluh dahi..menyuluh kearah dinding. |
Boleh dikatakan malam itu kami tidak memperolehi ikan, mungkin belum ada rezeki. Setiap ahli GGK berhempas pulas dengan pelbagai teknik dan cara untuk mendapatkan ikan. Ternyata rezeki belum berpihak kepada kami.
Lebih kurang pukul 11 malam, Ijal, Ijal lagi dapat membawa naik ikan Mulong....perghhh...hebat betul ijal...selang beberapa ketika anggota lain seperti Cholok mendapat ikan...lupa lak ikan apa..dan diikuti dengan yang lain. Melepasi tengah malam, kami berjaya memancing ikan seperti ikan sarjan, mulong dan beberapa spesis lain yang dah lupa nama. Kesemua ahli GGK pada malam tersebut dapat membawa naik ikan. tapi ikan-ikan seperti pari bintang belum kelihatan lagi..berjuang dan terus berjuang.
Ikan Mulong Oleh Ijal |
Ikan apa ni Cholok...Lupa dah |
Ijal lagi..kena busung ke tu |
Lewat malam lebih kurang pukul 2 pagi, kebanyakan ahli GGK sudah lena dibuai mimpi..dengan keadaan angin, perut pun kenyang makan meggi, syahdu rasanya untuk melelapkan mata..KECUALI..ahhhhaaa..dewa yang berdua...hahahaha..giler..ada yang tak tidur sebab takut kena kutuk...tinggal la mereka berdua dan juga faisal TJ pun boleh tahan, meneruskan cabaran memancing.
12.10.2014 (Ahad) - Awal Pagi
Seawal pagi, kedinginan pagi begiu dirasai semasa berada di tengah lautan. Kelibat 3 pemancing tegar dewata raya, sedang kusyuk dengan aktiviti memancing. Yang lain terus hanyut dibuat ombak badai mimpi-mimpi indah.
Pukul 6.50 am, bangun tidur terus ambil joran masukan umpan dan terus baling ke permukaan laut. tanpa gosok gigi..nikmat betul..pagi tu betul2 mencabar, kerana ikan2 kecil ini begitu senang sekali mengigit umpan. Letak kena ngap, letak kena ngap
Pelbagai aktiviti yang dijalankan pada pagi tu, ada yang memancing, ada yang mandi laut dan ada yang hendak melepaskan hajat....hehehe
Menu utk breakfast pagi ni ialah roti gardenia cicah sambal ikan sardin + telur scrable sambil menghirup kopi tanpa gula, kalau nak manis boleh letak gula-gula KOPIKO...
Kami berhempas pulas untuk menaikan ikan yang besar2 tapi hampa..pelbagai teknik, appolo, back to back masih belum mampu menaikan pari bintang atau jenahak mahupun kerapu. Yang ada hanya ikan sarjan, daun baru, senangin dan ikan-ikan kecil.
12.10.2014 (Ahad) - Tengahari
Ada rasa sikit kecewa di kalangan ahli GGK bila ikan yang besar2 belum lagi muncul. ikan-ikan sarjan yang memenuhi kotak Coleman, diwaktu ini ada ahli-ahli GGK yang melakukan aktiviti lain selain memancing...
Yeahhh...main daun lagi bagus...hahah |
selain memancing di luar kelong, ada juga yang memancing di dalam bilik kelong, untung jugak tak payah kena matahari. teknik ni dipanggil koyan, dapatlah juga 2 -3 jenis ikan international seperti kerapu, ikan negro dan ikan bawal pisang...buat kerepek pun bagus...hahaha
kita kasi pecah lantai kelong |
Selepas santapan tengahari, kami semua sepakat untuk mengemas awal kerana dewa bgtau ada sedikit kecewa la kelong ni..dah la nak roboh, ikan besar takde pulak tu.
12.10.2014 (Ahad) - Selesai Operasi
12.10.2014 (Ahad) - Petang
Sambil menunggu ketibaan bot, biasalah kami berborak-borak kosong dan juga macam biasa mengambil gambar
hasil yang kami perolehi |
Selfie lagi |
Mungkin tangkal ni yang membuatkan ikan-ikan besar tak mengena..hahaha |
12.10.2014 (Ahad) - Selesai Operasi
Lewat petang, kami sampai ke jeti, memunggah barang masuk kedalam kereta dan terus memecut ke stesen Petronas yang berdekatan untuk R &R, perut sudah meronta-ronta untuk makan nasi..kami sepakat untuk makan di Restoran Usop. Hujan lebat mengiringi kepulangan kami.
Melantak kat Kedai Usop |
Jam 7.00 malam kami selamat sampai di rumah S.I, temiang blackout pulak, hahahaha..macam2 hal. Membahagikan ikan yang ditangkap dengan ahli-ahli GGK, walaupun tiada ikan besar, ikan kecik pun jadilah.
Pembahagian Ikan Dijalankan |
Alhamdulilah, kami selamat pergi dan selamat pulang. Trip kami memang telah dirancang dari awal dan mengalami beberap kali perubahan tarikh, Tapi, jika diizinkan Allah semua boleh berlaku dengan kehendakNya. Trip kali pertama GGK, sebagai batu aras @ benchmark kepada aktiviti luar yang lain.
Ya, kekecewaan itu ada dengan ketiadaan ikan-ikan yang besar-besar, tapi semangat, kerjasama dan ikatan mesra ahli GGK itu yang menjadikan trip ini berjaya dan akan dikenang.
Semoga kita berjumpa lagi pada aktiviti yang akan datang..
Adiosssss
Bersatu...Sehati Sejiwa