Wednesday, October 15, 2014

TRIP MEMANCING - GGK TAWAN KELONG RAJA, LUKUT PART 1

As Salam

Pengenalan

Tarikh : 11 - 12 Oktober 2014
Tempat : Kelong Raja, Lukut Negeri Sembilan
Kekuatan : 10 Ahli GGK 

Kelong Raja, terletak di Chua, Lukut, Negeri Sembilan. Terdapat dua buah kelong, kelong baru dan kelong lama (walhal, kedua-duanya nampak sama).. Kalau diberi unjuran markah, Kelong Raja ni boleh diberi markah -100...terlalu uzur, tidak memuaskan, mcm nak roboh...haram jadah

Tapi walaubagaimanpun, ia tidak sesekali meluntur kan semangat juang para Anglers GGK yang datang untuk membawa pulang PARI BINTANG!..Ya bukan sahaja sanak saudara kaum kerabat di Temiang sahaja yang tahu atas pemergian ahli GGK, kaum kerabat sanak saudara di Batu Pahat pun tahu..jadi...alang2 menyeluk perkasam..biar smpai ke pangkal lengan.

11.10.2014 (Sabtu)

Pagi 
Tiba hari yang ditunggu2, seawal 7 pagi ahli GGK telah pun berwhatsapp, bertapa semangat dan berkobar-kobar ahli GGK, Sebahagian ahli GGK, terutama bendahari, awal2 dah keluar p pasar cari bahan makanan untuk ahli2 GGK. Salute to our Treasury. Ahli GGK yang lain ada yang telah smpai awal di rumah S.I untuk mengambil baju t-shirt yang disumbagkan oleh Boss GGK. Terima kasih daun keladi. 

Ada juga ahli GGK yang sibuk menyiapkan peralatan pancing dan ada yang pemalas, tido sebab smlm balik pukul 3 am tgk Tatoo ATM...hahahah... padan muka, sapa suruh balik lmbt. 
Design Baju T yang menjadi igaun ngeri kepada ahli GGK yang tak pergi

Sumbangan Baju T oleh Boss GGK

Pendek kata, kesemua ahli GGK yang menyertai program kali ini,bersemangat luar biasa, sentiasa membara, pendek kata...biar putih tulang jangan putih mata. Saksikan gambar2 yang sempat dirakam pada pagi Sabtu 11.10.2014
Antara stok makanan....puiii..daun terup pun masuk dlm budget ke..

Sampai umah S.I terus ngap...T.J, T.J

Our Treasury with pinky hat

Ini yang paling Ori/Rare (Ore)..
Ini back-up kalau x dpt ikan, bijak2

Tengahari 11.10.2014 - Pelepasan

Tepat jam 2.00 ptg, Ahli GGK, seramai 10 orang telah bersiap sedia dengan peralatan dan makanan untuk berjuang di tengah samudera. 3 biji kereta digunakan dalam operasi tersebut. 

Perlepasan oleh Boss GGK, di lakukan di hadapan rumah S.I yang menjadi markas tetap GGK, turut serta adalah Pc Hamid Abas & Isteri, Kak Siti (Isteri S.I) dan adik beradik S.I...macam biasa, bacaan doa dan selawat turut mengiringi ahli2 GGK supaya di jauhkan dari malapetaka.

Setiap ahli yang turut serta memakai baju T warna kuning hasil sumbangan Boss GGk, En Faiz, ternyata, tiada apa yang dapat dizahirkan selain semangat dan kegembiraan diwajah setiap ahli GGK.

Selfie dulu...


bacaan doa dan selawat

Bergambar bersama boss GGK

Bye2 Temiang...

Antara gaya selfie...dalam kenderaan

Petang 11.10.2014 Sebelum Meredah Lautan

Kami bertolak dengan berhati-hati dan  berhenti mengisi minyak di Petronas sebelum memasuki Highway...jeng..jeng..jeng, seorang ahli GGK yang bertaraf Dewa, membuat lawak sarkis dengan masuk salah kenderaan. Berderai gelak tawa anggota GGK yang lain. hahahah...mungkin dia sedang mabuk ketum.

Sampai di Lukut, kami singgah ke rumah salah sorang tokey umpan, faisal T,J telah pun membuat tempahan umpan sebelum ini.

Tokey Umpan


Ijal sedang mengawasi jual beli umpan

Umpun-Umpun sebanyak 25 bag

Setelah selesai dengan urusan umpan kami menyambung perjalanan ke destinasi sebenar. Kami sampai kira-kira pukul 3.30 ptg, masih terlalu awal, dengan air laut yang surut kami akan hanya boleh menaiki bot dalam pukul 5.30 ptg. 

Kami kemudian singgah di Jeti Lukut untuk makan, kerana ada sesetengah ahli yang kebulur. hahaha..

Selfie masa makan...dewa dgn faisal T.J



Will be Continued.....Stay Tuned Guys




Bersatu.....Sehati Sejiwa



No comments:

Post a Comment