Pengenalan
Hari Raya Aidiladha Di Malaysia jatuh pada 05 Oktober 2014 bersamaan 10 Zulhijjah 1435. Sambutan Hari Raya Aidiladha disambut secara sederhana, tetapi meriah dengan aktiviti korban yang dijalankan disetiap surau atau masjid, ada juga dilakukan secara sendirian iaitu di rumah masing-masing.
Malam Hari Raya
Takbir dan Majlis Bacaan Tahlil di rumah En Haini @ En Tony yang diketuai oleh Boss GGK, En Faiz.
Berlangsung juga mesyuarat penyelarasan tentang Majlis Perkahwinan King yang akan berlangsung pada November 2014
Keadaan semasa mesyuarat berlangsung |
En Haini @ Tony sebagai Tuan Rumah |
Towkey Khemah |
Hari Raya Aidiladha (Hari Raya 1)
Tahun ini, Surau Kampung Bukit Temiang hanya menjalankan korban dengan 2 ekor kambing sahaja. Kambing yang disedakah kan oleh pemiliknya untuk dibuat Aqiqah. 2 ekor kambing sahaja!!, rekod betul Surau Kg Bukit Temiang. Tak pernah miss melakukan ibadah korban, tahun ni terkelendat sikit. Mungkin pengurusan surau malas nak pikir macam-macam pasal ibadah ni atau mungkin penduduk kampung dah muak dengan peranan AJK Surau yang masih tetap sama pada pembahagian daging korban.
Walaupun surau malas nak buat ibadah korban, masih terdapat juga penduduk kampung yang menjalankan ibadah tersebut di kediaman masing-masing. Geng-Geng Kolam (GGK) dapat merasa bermain darah pada hari raya pertama korban.
Semangat yang ditujukan oleh GGK amat memberangsangkan, di setiap kediaman yang GGK pergi pasti settle semuanya. Semangat kerjasama ini telah diterap dan dipupuk dikalangan GGK. seperti kata salah sorang ahli " Berat Sama Dipikul, Ringan Sama dijinjing..hari ini hari di....esok lusa hari kita"
GGK terlibat dalam operasi tiga buah rumah pada hari raya pertama:
1. Rumah Pc Hamid Abas
2. Rumah Mat Bun ( Pakcik Egy & Ijal)
3. Rumah Rostam
Belanja sikit gambar-gambar pada Hari Raya Pertama :
Berlakon lebih... |
Perghhhhh...banyak jugak aktiviti pada malam dan hari raya pertama. apa pun semua diselesaikan dengan sempurna. Kerjasama dan team work mesti ada untuk capai apa jua kejayaan dalam setaip bidang diceburi...
Nantikan sambungan Hari Raya Korban, Hari raya Ke-2 yang penuh kecerian dan warna warni.
Bersatu...Sehati Sejiwa
No comments:
Post a Comment