Hari Raya Aidiladha Kedua
Isnin 06 Oktober 2014 bersamaan dengan 11 Zulhijah 1435 H, setelah beberapa lama merancang, 2 kali bermesyuarat, tiba hari yang ditunggu-tunggu untuk merialisasikan majlis korban GGK. Kediaman En Mohd Razali menjadi saksi akan kejadian pada hari tersebut. Dengan mengenakan baju -T yang di tempah khas oleh Boss GGK, komplot dengan kekuatan 16 anggota telah mula menghadirkan diri sejak awal pagi.
Pagi-pagi dah selfie..sebahagian dari komplot GGK yang hadir awal. |
Sebahagian penduduk kampung yang mana haus untuk bermain darah, telah hadir bersama-sama bagi memberikan bantuan dan juga untuk menghuru-harakan majlis tersebut.
Lembu untuk dikorbankan tiba pada jam 10.00 am, satu setangah jam lewat dari masa yang dijanjikan. biasa le, janji melayu...hahaha...
Dua ekor lembu, satu untuk keluarga En Mohd Razali dan satu lagi adalah kepunyaan GGK. bagi menyempurnakan majlis menyembelihan, GGK telah menjemput Wak Tamin bagi melaksanakan ibadah tersebut. Wak Tamin adalah bapa saudara kepada Mc Men, salah sorang ahli GGK, Mc Men juga sepupu kepada anak2 Wak Tamin..ateng & sudin.
Bergambar kenangan bersama Wak Tamin.Tukang Sembelih |
Orang Ramai Sabar Menunggu Lembu |
Sampai juga akhirnya... |
Korban lembu pertama yang dimiliki oleh GGK, selamat disempurnakan. giliran komplot GGK dan dibantu oleh En Razali @A.C dimana... menjalankan kerja-kerja melapah. Berat keselurahan bagi lembu pertama adalah lebih kurang 73 kg.Diikuti dengan lembu kedua iaitu 75 kg.
Kemeriahan majlis tersebut jelas terasa dengan kehadiran seramai 50 orang. Kebanyakan yang hadir adalah dari kalangan penduduk kampung Bukit Temiang. Hadirin dijamu dengan sarapan pagi dan sup tulang serta nasi putih di sebelah tengahari.
Sesuatu yang dibanggakan bila mana ramai yang memuji dengan perancangan untuk membuat majlis tersebut dan diserikan lagi dengan pakaian seragam, ini mungkin boleh mendatangkan rasa iri hati dikalangan sesetangah pihak. Tapi...p mampus sama diaorang....GGK akan tetap meneruskan apa jua aktiviti bagi kebaikan bersama.
Majlis selesai dengan jayanya. Kesemua bahagian daging korban diagih-agihkan kepada tetamu yang datang dan juga disedekahkan kepada penduduk yang lain.
Insyaallah, perancangan tahun hadapan sedang giat dijalankan, semoga berjumpa pada Aidiladha akan datang.Adios
kerja-kerja melapah dibantu oleh En Razali @ A.C |
gotong royong |
Ijal....pelanduk dua serupa. |
Tolak Men... |
Bersatu...Sehati Sejiwa
No comments:
Post a Comment